Nov 25, 2011

Sambutan Aqiqah Dhia Hanani

Fuh. Bersawang sangat dah blog aku ni ha. Apa nak buat kan.. empunya blog sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Persekitaran ber'anak la katakan.. Hehe

Well, gambar-gambar di bawah adalah sekitar Hari Aqiqah Dhia Hanani. Genap 7 hari umur Dhia, kami buat kenduri kecik-kecik untuk Dhia. Terima kasih pada yang hadir.. 

Gagah la juga aku waktu tu walaupun berpantang tetap turun padang ikut suami aku cari caterer yang bagus dan buat persiapan serba sedikit. 

Cakap banyak tak guna. Layankan gambar.......


Sesi mengandam pengantin.. ;)
Dhia kena kerumun

Pakai cantik-cantik lepastu kene bedung. Anak aku yang sepanjang majlis tidur dengan mulut yang tak bercover


See. Dia la bidadari kami sekarang

Ibu Dhia turun yawww.. tepi sikit tepi sikit. Penampilan julung kalinya selepas melahirkan. Kurus mendadak sebab kene makan lauk pantang yang sehat belaka. 

Budak-budak tahfiz sedang qasidah. Yang pegang mic tu sangat digilai adik aku si Rina. 

Tahnik

Gunting rambut sikit. Jaga-jaga ustaz, anak saya tu halus lagi..

Bacaan doa.

Ibu dalam pantang. HIks
Sebahagian tetamu

Para tetamu. 3 ekor kambing weyh. Masih jugak la aku tak boleh jamah. Haih. Pantang katanya. Dengarkan la cakap2 orang tua kan. Nanti apa-apa jadi, menyesal pulak.
Orang-orang kuat famili Hajah Rokiah
Dah dua orang cucu wan..

Yeahh.. we are family. XOXO

0 comments: