Aku masih lagi bekerja di ofis memandangkan aku kesian sangat pada ofismate. Diorang sampai tak menang tangan so aku decide untuk jenguk dorang sekejap sampai tengahari. Lepas mintak izin dengan Fozi, dia hantar aku ke opis and dia cakap dia akan amek aku dalam pukul 12 tengahari untuk check up.. So, selepas brief budak-budak opis pasal kerja yang aku tak sempat nak finalkan, aku pun bersiap la nak balik. Aku ambil kesempatan untuk jumpa semua orang dalam ofis and mintak diorang doakan keselamatan aku nanti...
Pukul 12:30
Fozi amek aku and kitorang terus pergi Hospital Bersalin Razif. Lepas urine test, kitorang jumpa doktor Aziah and macam biasa dia tanya aku ada apa-apa tanda melahirkan atau tak. Dengan hampanya Fozi jawab tak sebab memang aku takde keluar tanda nak bersalin pon. Jadi, doktor Aziah suruh aku baring and dia kate nak check bukaan.
Well, itu kali kedua sebenarnya aku diseluk-seluk nih. Pengalaman pertama hari tu aku boleh selamba je lagi sebab memang tak sakit langsung doktor Aziah tu buat. So, untuk kali kedua ni, bila dia tanye aku nak diseluk ke tak, aku dengan yakinnya, YES DOKTOR. Kali ni, dia seluk siap buat pusing-pusing lenggang kangkong lagi dekat dalam tu. Dia kata dia nak tolong bukakkan bukaan aku sebab dia cakap dah terbuka 3cm waktu tu..
Aku pun macam .."Ha? 3cm? lagi 7cm lagi je la ni? saya dah nak dekat bersalin ke ni doktor?" Urgh. Bangang sangat bunyiknye kan macam lah nak cukupkan 7cm tu dalam masa 7 minit je lagi.. PADAHALLLLL....
Then, doktor Aziah suruh aku balik rumah dulu and lepas Maghrib datang balik. Siap boleh pesan supaya kalau boleh, 'bersama' dengan suami agar membantu untuk buka bukaan.. aku dengan Fozi pon macam terpinga kejap tujuan apa kitaorang kene datang balik. Then doktor Aziah terangkan yang air ketuban aku pun dah kurang and bukaan pun dah 3cm. Jadi, lebih baiklah kalau dimasukkan ke wad terus....ngeee. Kalau bukaan aku still 3cm jugak menjelang pukul 9pm macam tu, dorang decide untuk induce aku malam tu.
Aku banyakkan berdoa la tak perlulah nak di induce memandangkan bacaan kat internet semuanya cakap yang induce ni saket dia agak lebih sket.
Lepas je Zuhur, sejurus selepas jumpa doktor, aku start rasa sakit yang mencucuk dekat bahagian perut. Then aku dapatlah tafsirkan tu la sakit contraction agaknya. So aku start kira contraction aku memandangkan doktor pesan, kalau dah sakit setiap 5 minit tu, maka aku perlu cepat ke hospital.
Mula-mula tu aku steady rock lagi. Boleh pergi Pelita makan nasi kandar. Siap bungkus untuk dibawa makan ke rumah abah. Nak lunch sekali dengan abah.. Sampai je rumah abah, aku start tak senang duduk. Nak duduk sakit, nak berjalan sakit, nak baring lagi la sakit. Nak makan pun dah tak lalu. Tak lalu pun tapi lichiinn kau....... sebab aku dah tau sangat yang saat melahirkan tu dah semakin dekat. Aku dah bajet da waktu tu. Kalau tak esok, mesti lusa pagi-pagi aku dah beranak. So, dari kempunan nak makan nasi kandar time pantang, baik aku abeskannnn.
Lepas makan je, aku mintak ampun mintak maaf dengan abah. Abah sempat buat air yassin untuk aku. Berbekalkan air yassin dua botol, aku dan Fozi pon berangkat pulang dari rumah abah. Plan untuk berjalan-jalan supaya bukaan bukak lebih cepat, semuanya aku batalkan. Punyalah susah aku nak bercakap sebab tahan sakit, takkan la aku nak berjalan berpoya-poya pulak kan.. so, kitorang pon balik lah rumah mama. Aku pun nak pastikan semua barang nak pergi hospital setel.
Pukul 4 ptg
Huish, waktu ni aku rase aku nak tarik-tarik rambut time contraction datang. Berbulu jugak aku tengok Fozi dok tidoq berkeroh tepi aku waktu tu. Tapi kalau nak dikejutkan pon macam takde motif. Dia nak urut aku pun, aku tak kasi. Lepas je azan, aku terus solat Asar dan sempat la baca yassin. Aku kejutkan Fozi untuk mandi and sembahyang sebab aku tak tahan sangat. Aku nak check in spital lepas Asar.. Fozi bangun muka terus berseri-seri. Dia tau la tu tak lama lagi dia dapat tengok baby kitorang..
Pukul 5:30 ptg
Dah sampai Hospital Bersalin Razif. Siap naik wheelchair tau time tu. Manja sangat la nampak sampai tak boleh nak berjalan kan. Fozi uruskan urusan nak masuk wad and aku stay la dekat dalam wad yang kitorang dah reserved awal-awal time jumpe doktor Aziah tengahari tadi. Lepas dah tukar uniform hospital, aku pun dinasihatkan rehat.
Waktu ni contraction masih 10 minit sekali. Bila nurse datang seluk, dah bukak dalam 4cm. Giler kau saket bagai dicucuk-cucuk tapi baru 4cm kan. Ape la slow sangat progressnye..
Malam tu, mama, ayah, mak, angah, am, dani, timah and of cos suami aku teman aku. Tapi teman macam tak berteman jugak la memandangkan sakit aku waktu tu membuatkan aku ramah macam selalu. Aku banyakkan bernapas guna mulut, jadi takde mase nak bersembang dengan korang. Mana-mana makanan yang dorang hidang dekat aku pun sikit pon tak nampak yang sedap dimakan.
Episod sakit contraction ni berlarutan sampai pukul 12am, bila contraction datang setiap 5 minit sekali.. Aku bersyukur sangat tak diinduce memandangkan bukaan dah terbuka dalam 5cm waktu tu.
Pukul 2am
Ish waktu ni mokcik dah tak tahan sangat dah. Waktu ni jugak la apa-apa je yang tak berkenan kat mata aku, aku akan sound tepek. Fozi tido sebelah aku tak buat pape salah pon aku rase menyirap tengok dia tidur lena je.
Waktu contraction datang, aku try genggam tangan dia kuat-kuat tapi dia still tak bangun-bangun. Kena dadah ke bang?
Tak lama lepastu, nurse datang amek tekanan darah dan bagi aku ubat melalui bontot. Untuk kosongkan bowel. Memandangkan aku takde ape-ape yang nak dikeluarkan disebabkan aku tak makan sangat lepas daripada nasi kandar, aku gagal mengeluarkan apa-apa 'hasil'.
10 minit lepastu, muncul sorang nurse India dengan kerusi roda depan bilik aku. Dia bawakkan baju untuk masuk labour room. Berkerut je aku pandang nurse. Alahai, kena pakai baju yang dedah belakang. Malu la kan. Tapi dah kate pon sakit nak beranak, kau berani ke nak ingkar cakap nurse? Dia suruh kau tukar baju, kau tukar je la...
Tengah aku siap-siap tu, mak mertua aku yang teman aku malam tu kejut suami aku dari tidur. Fozi ni plak boleh plak bangun-bangun nak pi solat Subuh.
Tebiat ke bang oi... Baru nak masuk pukul 3 pagi ni ha.. Subuh menda.. Kau kalau nak tahajjud pon aku dah tak boleh tunggu dah.
Pukul 3am
Aku ditolak ke labour room. Labour room punye air cond pon tak sempat bukak lagi ok. Nampak sangat la aku ni kes-kes terpencil.. Tapi sumpah la ngeri pemandangan kat situ. Dah la aku ni jenis kuat imaginasi, labour room yang kosong pon aku nampak suasana doktor sibuk dengan nurse-nurse nak memberanakkan orang. Macam ala-ala dalam TV tu kan. Padahal hening je labour room tu takde orang. Cuma ada aku, dua nurse India, dengan Fozi.
Sampai je ke katil, aku dah baca doa-doa yang orang lain pesan bagus diamalkan waktu-waktu genting gitu. Tapi aku tak tau la kenapa aku dapat part 'Bismillah' tu je, ayat-ayat lain semua aku lupa. Kalau cuba diingatkan pon, aku dah campurkan ayat tu dengan ayat yang lain. Tak senonoh.
Sigh...
Nurse cucuk ubat dekat punggung. Bila aku tanye ubat tu untuk apa.. dia jawab nak tak nak je. Dia suruh aku sabar, banyakkan selawat. Tak lama lepastu, dia letakkan satu ubat dekat bukaan. Sumpah saket. Aku tak tau la ubat ape. Tapi dalam masa seminit macam tu, aku rase sakit macam nak push.
Diorang suruh push bila aku ada rasa sakit. So, berbekalkan semangat yang jitu.. aku push sekuat hati aku. Sekali kena marah daaa... sebab cara aku meneran tu salah. Inilah waktunya aku rase kepentingan kelas antenatal. Sempatkan aku datangkan kesedaran tu walaupun tengah sakit? Tapi seriyes.. pergilah ke kelas antenatal tu, sebab cara kau menangani sakit waktu nak bersalin dengan cara pernafasan yang betul banyak membantu waktu kita nak bersalin nanti..
Pukul 3:30am Doktor sampai tepat waktu air ketuban aku pecah. Walaupun dia bertutup mulut, aku tau tu Datin Norana. Dia selawat sebelum memproses aku, sikit sebanyak aku lega sikit sebab ada tenaga pakar yang sambut kelahiran anak aku ni. Aku dah pikir aku beranak ditemani suami aku dengan dua orang nurse India tadi tu je.
Fozi kat sebelah aku tenang je stay kat sebelah. Dia tengok semua proses yang doktor buat. Kalau aku jadi dia, sumpah la aku tak tengok. Nak masuk teman pon aku pikir banyak kali.
"Elina, awak tak sabar ye nak jumpa baby awak. Ok, bila saya kate push, awak push ye. Setiap kali nak push, tangan pegang buku lali, kepala angkat tengok perut. Teran selama yang awak boleh, jangan keluarkan suara dan jangan lepas nafas awak serta merta. Nanti rugi, kepala baby awak akan masuk semula"
Masuk semula? Oh anak, kenapa awak masuk semula? Kita nak keluar nak... bukan masuk..
Ibu janji ibu teran elok-elok
"Ok Elina. Pushhh"
Aku push sekuat hati. Aku tekan buku lali aku kuat-kuat. Tapi aku hembus nafas at the end.. Penat. Aku mintak suami aku suapkan aku sesisip air..
"Curi nafas Elina. Jangan dilepaskan macam tu je. Rugi tau"
Suami aku kat sebelah pulak macam tukang sorak....
"sikit lagi yang, abang dah nampak kepala anak. Sikit lagi. Buat betul-betul yang. Sikit lagi je ni.. Ayang kene bernafas macam ni fuh fuh fuh, jangan lepas terus macam tadi, nanti kepala blablablablablabalbla............"
Aku teran lagi..
"Good Elina. Sikit lagi. One more. teran lagi sekali.."
Then, aku teran berbekalkan nama Allah yang maha suci dan Nabi Muhammad.. dengan teranan yang ketiga.. Aku dapat rase anak aku meluncur keluar. Panas je. Bertemankan darah la agaknya.
Tepat 3:40am
Doktor angkat anak aku, tunjukkan anak pada aku dan Fozi. Perempuan..
Doktor bagi Fozi guntingkan tali pusat. Aku lesu. Aku tengok nurse proses anak aku. Baby menangis. Aku lega. Suara anak aku.. nyaring weyh. Macam suara aku gak.
Betul lah orang kate, bila doktor jahit kat bawh tu, kita tak terasa sangat pon sebab kita dah penat sangat bercampur dengan rasa lega ya amat. Jahitan aku kat bawah tu sepanjang 2cm. Doktor cakap, tu standard..
Pukul 4am
Aku ditolak ke wad semula. Alhamdulillah aku dah jadi ibu. Dalam dok eksaited tu aku terpikir nak tidur je. Aku lega sangat sakit contraction dah hilang. Aku lega sangat anak dah selamat.
Sampai je wad, naik atas katil. Aku nak menyusukan anak aku secepat mungkin. Tapi kesian kat anak aku.. tak banyak pon susu mak dia.
Dah selesai menyusukan anak aku, aku tak pikir banyak dah.. Aku nak tidur. Mak aku ditemani Timah, suap anak aku air kosong dan madu..
Gigih Timah datang Hospital Razif pukul 4am kan.. Hih....
![]() |
| Dhia Hanani sejurus selepas lahir. Hasil eraman selama 39 minggu 6 hari. Kurang sehari daripada due date.. |
![]() |
| Dhia Hanani. Hari ni. Genap 13 hari anak ibu.. Dah botak dikerjakan ayah dengan ibu dia.. =) |


3 comments:
Tahniah elin! Ibu ke ummi ke mummy? If ada masa nanti kitorang jenguk baby Dhia eh :)
Seronok sangat baca pengalaman Elin ni, dan Insyaallah kalau ada rezeki lagi nanti tentu pengalamannya berbeza, semua dengan cerita tersendiri..
Jaga dan didiklah permata hati ni dengan sebaik-baiknya K.
nabil: datang la anytime. dhia tunggu
maksu: amin. semoga kami menjadi parent yang bagus pada Dhia. terima kasih maksu!
Post a Comment