Tak perasan betul la sekejap je dah masuk 8 bulan. Time 3 - 4 bulan hari tu memanjang mencongak hari. Sekarang, dah berada dekat angka 8. Lebih kurang sebulan lebih saje lagi..
=)
Budak kecik dalam perut pun dah aktif tak ingat. Sekarang pun bulan Ramadhan kan. Jadi aku ambil initiatif untuk berpuasa selagi tak mendatangkan keburukan kepada aku dan budak kecik. Macam mana kita tau tak mendatangkan keburukan?
Sebenarnya berpuasa sewaktu mengandung bukan benda yang mustahil. Tapi bergantung kepada ketahanan ibu jugak. Doktor Aziah selaku gynea aku cakap, sebenarnya mengandung pada bulan puasa merupakan peluang untuk ibu mengandung dapat berpuasa penuh sepanjang bulan =) TAPI. Kalau la terdapat apa-apa kesan seperti migrain sangat, ataupun terasa nak pitam, so korang janganlah delay, buka puasa sahaja. Mungkin pengambilan waktu sahur korang tak menepati khasiat yang diperlukan tubuh badan untuk bertahan..
Yang penting, positif lah! Memang la berkeroncong, orang puasa mana ada yang perut sengkak kan?
Ada juga pembacaan aku mengenai orang mengandung yang berpuasa lebih-lebih lagi pada trimester ketiga. Nanti aku kongsikan dekat sini..
Mengenai kata-kata orang sekeliling kononnya tak sayang baby dalam perut la kalau puasa, baby tak cukup zat la.. tu semua korang anggap la kata-kata tak diiktiraf. Untuk ibu mengandung pertama kali macam aku, aku pasti korang akan risau tentang apa sahaja perkara yang melibatkan baby dalam kandungan, tapi yang penting.. dapatkan nasihat pakar dan banyakkan pembacaan.
InsyaAllah semua selamat. Niat demi Allah, Allah pasti akan pelihara kita dan juga baby.
Kan seronok macam tu?
So, kalau boleh bertahan.. berpuasalah ye. Seronok kan. Nanti tak payah nak bayar-bayar puasa..
+++
Persiapan untuk budak kecik pon dah 80%. Nanti kitorang update kat sini jugak! Kebetulan hari minggu lepas ada Parenthood Expo dekat Midvalley, maka sempatlah menyambar beberapa jenis barang.
Sebelum mengosongkan dompet untuk berbelanja untuk budak kecik dan bapak budak kecik (Encik Fozi tempah baju), haruslah kita isi perut kasi penuh dulu......

Baca doa dulu sebelum makan. Nasi telur berlada Wan Kampung Kuantan. Nyum Nyum..

Dah boleh makan, kita tangkap gambar dulu. Hihi

Ni gambar hari Sabtu la barangkali. Time tengok progress rumah Puan Rokiah di Shah Alam. Kegemukan di situ. Haih.. Berdoa lah supaya berat kau boleh turun Elina. Teruskanlah berdoa. Doa banyak-banyak.

Gambar bukti perut aku macam diletakkan bantal. Heh.

Mangsa gemuk. agagaga..............
Larriiikkk
Love u Encik Fozi. Melayan saya je kerjanya.
3 comments:
Tengok perot mcm baby girl..betul x?
Nanti kita tengok macam mane. Betol ke tak perempuan. =)
Bc blog u yg pasai brg baby tu nampak cam baby girl.semua nk yg cute jer..tgk perut pun cam perut i dulu.so instinct i would say gegirl..haha
Post a Comment