Dua hari lepas aku kena buat ujian darah untuk menentukan aku ada kencing manis ke tak disebabkan puan rokiah merupakan seorang pesakit kencing manis tak kronik, maka aku pun terbabit sama untuk dibuat ujian memandangkan aku mengandung..
Jadi hari Isnin hari tu tepat pukul 8am aku dah terpacak di Hospital Bersalin Razif untuk ambil darah sebelum aku dikehendaki menghabiskan secawan besar air gula pekat. Memang rasenye sangat haktuih waktu tu. Haih. Tapi dengan kecekalan dihati, dapat jugak aku habiskan air gula tak sedap tu.
Dua jam kemudian aku kena lapor diri lagi di hospital berkenaan memandangkan diorang perlu ambil darah untuk kali kedua. So, ambik la kan kiri kanan tangan aku kena cucuk. Sobsob.
Then nak jadi cerita, hari ni aku mc sebab tak larat sangat and kepala aku berat gila time nak bangun sahur pagi-pagi tadi. Lepas subuh je aku tidur balik sebelum hospital called aku pagi-pagi tadi untuk bagitau keputusan ujian darah aku.
Dukacita dimaklumkan gula dalam darah aku agak tinggi dengan bacaan 8.5. Sedih jugak aku dengar sebab aku yakin sangat aku normal. Nak jadikan cerita, pihak spital suruh aku datang hospital dalam masa terdekat ni pula untuk buat ujian darah kali kedua. Cuma kali ni lebih dasyat sebab aku perlu dicucuk ambil darah sebanyak 4 kali.
Syabas.
Kau suka sangat kan minum Coke? Sekarang rasain lo!
Sobsob.
- Posted using BlogPress from my iPhone
0 comments:
Post a Comment