Jul 14, 2011

Persiapan nak menyambut kelahiran sulung

Barang-barang budak kecik pon kitorang dah stanby kan sikit-sikit. Tak banyak sangat since boleh recycle barang si kecik Dani macam barut, mitten and booties.. tab mandi. ape lagi lah kan..

Ok ni antara list yang aku dapat daripada hasil research dekat intenet...

KEUTAMAAN

1. Baju
Kitorang beli baju lengan pendek banyak sket berbanding lengan panjang memandangkan nasihat angah aku yang cakap baby newborn rajin berbedung. Karang berpeluh peluh plak ketiak budak kecik tu aku pakaikan lengan panjang je.

2. Topi
Masa jalan-jalan hari tu banyak kitorang jumpa topi baby yang kiut miut. Jadi aku rase, topi ni dah cukup la kot buat kelengkapan budak kecik nak keluar dekat-dekat.

3. Sarung tangan & stokin
OK. ni sangat berlambak. Dani punya plus yang kitorang beli sekali..

4. Barut
Ni pon banyak Dani punya boleh recycle. Cantek2 lagi. ada yang belum pakai lagi pon..

5. Minyak bayi
Aku memang suka bau minyak yuyi dari zaman-zaman dulu lagi. So, untuk budak kecik pon akan aku lumur dia dengan minuak Yuyi cap limau nih!

6. Selimut baby
Benda paling berlambak sekarang ni. Sebab aku obses dengan design yang kiut miut.

7. Tuala
Pehal yang ni aku belum beli? Mengapakah? Lupa kah?

8. Diapers
Belum beli. Katanya dapat hadiah. Tunggu la aku redeem bila free nanti

9. Krim segala jenis krim
Aku baru beli krim untuk nappy rash jenama Palmers. Sedap gak bau dia. Bagus untuk dipakai pada budak kecik so that kita boleh gomol montot dia puas-puas.

10. set tilam / katil
Kitorang tengah `berkira-kira nak beli ke tak. Sama ada nak beli katil atau style-style sekarang yang bertutup pakai zip segala. Aku kalau boleh takmo letakkan budak kecik atas katil sama-sama dengan kitorang sebab encik Fozi tido lasak. (Fozi la sangat yang lasak kan!) Walaupun katil kitorang size king, tapi aku ada sikit keraguan la nak letak baby atas katil tu sekali. Takpa la kan. Ada masa sebulan lebih lagi nak pikir.. Tapi kalau Tokwan nak belikan... kami terima je! ngihihihi

11. set bantal
Belum beli la. Hurm.. nak cari yang comel-comel punye.. mana nak dapat ey? Kebanyakan yang kat market sekarang semua agak biase la design..

12. Kelambu
Perlu ey? Takpe. Dani ada. Pakai Dani punya dulu. Kalau perlu sangat baru beli.

13. Botol susu
Cukup la kot dah ada 3 jenis?

14. Breast Pump
Update soon k!

15. Barang mandian
Newborn tak la berlumur dengan sabun sangat kan time mandi? so kitorang beli yang travel kit sahaja tengok kesesuaian kulit nanti camane.

16. Baby wipes
Dah beli bertimbun. Tak tau la macam mana bau-bauan daripada baby wipes ni sebab ada jenama yang aku tak berapa suka bau dia. Tapi waktu tu aku tak nak amek tau sangat jenama apa. So sekarang beli je mana-mana yang terjumpa. Hiks..

17. Lampin
Beli satu set je. Tak pakai banyak kot..

18. Baby bouncer
Ada dani punya....

19. Liquid cleanser
Belum beli. Perlu meh?

20. Besen Mandi
Recycleeeeeeee =)

21. Berus botol baby
Alamak. Belum beli lagi lah

22. Puting susu
Dah siapppp

23. Storage
Ok. yang ni aku tak tau kenapa aku sangat rambang mata nak beli storage. Baik storage yang kecik-kecik untuk letak barang-barang krim pas mandi tu atau pun storage baju-baju nanti. Aku sangat tau tak nak pilih yang mane tapi so far baru beli raga untuk letak barang-barang menyolek si kecik nanti. awww... cepat keluar! ibu tak sabar.. teeheeee

24. Tikar getah
Harus nih! awal-awal dah beli..

TAK BERAPA NAK KEUTAMAAN (tapi aku mengelinjat jugak nak beli sekarang)

1. Stroller
Ni Wan dah janji nak belikan.. yeeehaaaaa!

2. Baby cot
baby cot tak sama dengan katil baby?

3. play pen
Yang ni pon kitorang tringin nak belikan tapi memandangkan daripada berhabuk nak tunggu anak aku guna.. baik kita KIV dulu..

4. Baby car seat
Boleh KIV dulu. Sebab masa pantang takkan nak travel jauh-jauh kan?

5. Buaian
Yang ni kita pinjam Dani punya dulu ye anakku? Kalau serasi ke, baru kitorang belikan..

6. Beg baby
Yang ni harus la kot. Sebab makpak dia rajin merambu kat luar. Kalau tak ber'beg', camne plak?

KELENGKAPAN SAYA!

1. Maternity pad
jenis mana yang best ni?

2. Nursing pad
Ada beza dengan maternity pad?????????

3. Bengkung
Ada dalam set bersalin rasanya

4. Jamu/ubat bersalin
Tengah pertimbangkan nak makan apa. Amway ke?

5. Stokin
Stokin banyak.......... tapi boleh lah kalau nak beli lagi.

PERSIAPAN SEBELUM KE HOSPITAL
Yang ni aku belum prepare lagi. Nanti-nanti la kot. Heh...

1. Pakaian
2. Breast pump
3. Set pakaian baby
4. Peralatan asas lain
5. Makanan tambahan
6. Baby wipe
7. Diapers

So ada beberapa barang lagi belum beli. nanti kite update lagi k!

0 comments: