Aku macam nak setujukan je cakap encik Fozi memandangkan dah masuk seminggu aku tak lalu makan dan rasa lemah badan. Lemah kat sini aku maksudkan lemah yang kau rasa tak boleh bangun pun dari berbaring. Kau berdiri waktu solat pon kau rasa nak pitam. Migrain? Jangan cakap la. Memang menyucuk kepala. Takde mood langsung nak gerak ke ofis. So, berbekalkan keyakinan yang menebal.. aku pun suruh suami aku belikan pregnancy test. Aku agak bertenang jugak la time nak buat ujian tu sebab aku takmau kecewa kalau-kalau single line je nanti.
Satu pagi tu, di ofis, aku pun buat lah ujiannya. Dengan penuh sabar aku tunggu bende alah tu serap air kencing sampai ke tingkap untuk tunjuk result tu ha. First line appear, menyusul satu lagi line dan aku pun senyum melebar dalam bilik air sorang-sorang. aku sarungkan penutup pregnancy test tadi. Alhamdulillah. Aku disahkan mengandung..
Minggu ke-4 sampai la penghujung trimester pertama, masalah terbesar aku is sembelit! Sepanjang waktu tu jugaklah aku bergantung pada ubat cucuk pungkoq je. berkotak-kotak aku beli dekat farmasi. dan bersepah-sepah benda ni dalam hidup aku. ada dalam kereta, dalam toilet, dalam handbag.. etc.

ok ni rupa pandangan bendanya yang bersepah dalam hidup aku waktu trimester pertama
Suhu badan aku bila waktu malam pun agak tinggi buat aku jadi tak selesa untuk tidur. Bila tak boleh tidur, aku kacau Fozi. Bila Fozi tak layan, aku moody. Bila moody rasa nak nangis. Bila nangis suami aku terpaksa layan temankan aku yang tak boleh tidur. Bila aku mengantuk time tengok TV dengan dia and rasa nak tidur, dia pulak tak kasi aku tidur sebab dia dah rasa segar. Macam tu la aktiviti burung hantu kami sewaktu awal trimester. Mungkin tak cukup tidur penyebab utama aku migrain keesokan harinya.
Waktu ni juga la aku tertunggu-tunggu aku mengidam apa. Alhamdulillah sepanjang mengandung ni aku cuma mengidam nak makan tauhu bakar. Berpusing jugak la mencari, akhirnya jumpa yang sedap dekat muara ikan bakar Tanjung Harapan. Nasib baik Tanjung Harapan je kan. Kalau dekat Kuala Selangor ke yang sedap sangat, tak ke jauh nak pegi.
Fozi pulak sibuk suruh aku makan banyak-banyak sebab dia kata perut aku tak macam orang mengandung pun. Tension sungguh. Baru nak masuk 12 minggu time tu, apa la yang nak nampak. Buncit lemak boleh la aku bagi dia tengok kalau dia nak.
Dari segi emosi, memang aku agak senang terganggu. Fozi balik lambat sikit aku dah start sayu. Bila orang cakap-cakap aku ni manjakan sangat pembawakan budak, aku emo. Bila perut tengah meragam, aku stay rumah sorang-sorang, pon aku sedih. Kadang aku rasa nak tampo diri sendiri pon ade. Macam PMS.
Satu hal lagi, aku memang tak boleh nak ber'make-up'. nak calit bedak dengan celak pon aku malas. jadi aku sangat selebet waktu-waktu awal aku mengandung. Pucat? Tak payah la nak kata lah. Dah kate pemalas sangat nak berdandan kan. Tapi aku selagi boleh tak malukan Fozi la bila keluar pi dating berdua dengan dia, aku gagahkan jugak la calit lipgloss ke, pakai foundation sikit ke kan.
Memandangkan rupa aku, tabiat makan dan perangai aku yang agak cepat sentap. Fozi pon mencadangkan supaya duduk di rumah mak aku untuk sementara sebab dia risaukan keselamatan aku time dia belum balik dari kerja. Maklumlah, suami saya pegi keja awal, balik kerja lambat.. Sekali... ambik la. Sampai ke sudah aku seronok duduk rumah mama. Takmau balik rumah Parkland langsung, sampai sekarang. Sekali sekala la aku tengok rumah peninggalan kitorang tu kot-kot jadi macam hounted mansion karang, pening kepala.

0 comments:
Post a Comment