Masuk tahun ni dah enam tahun aku tinggalkan zaman persekolahan and maksudnya dah enam tahun aku tak sambut hari guru di sekolah. Tiba-tiba aku rindu zaman sekolah dulu bila sesi persekolahan bercantum jadi satu sesi untuk hari perayaan macam Hari Guru nih. Waktu aku tingkatan 1, 2.. aku memang looking forward Hari Guru ni since dapat la cuci mata untuk tengok abang-abang senior naik pentas main gitar ke, main sketsa ke. Mana la tau silap hari bulan boleh bertemu jodoh ke dengan abang-abang senior yang dua ke empat tahun lebih tua dari aku waktu tu. Maklum ler, dah masuk tingkatan 4, 5 ni kan muka diorang dah transform ala-ala Faizal Hussein sikit. Haruslah kitorang merenyam waktu tu.
Tapi aku tak banyak pengalaman dengan cikgu-cikgu waktu sekolah memandangkan aku bukanlah pelajar kesayangan mana-mana cikgu. Aku lagi suka ajak kawan-kawan lain ponteng kelas Cikgu Annaporani waktu Matematik sebab aku rasa dia sangat membosankan. Cikgu Annaporani ni kau duduklah melangut ke, melopong ke, tidur ke dalam kelas waktu dia mengajar. Kompem dia akan terima dengan redha sambil teruskan mengajar budak lain yang lebih berminat nak belajar Matematik. So, kitorang akan keluar sebelum dia sampai ke kelas. Lepak dalam surau ke, berlegar dekat mane-mane blok yang sunyi ke..kan. Tapi kitorang tak lah jahat sangat since kitorang ponteng pon hanyalah untuk kelas Matematik nih. Ngihihi..
Bila dah tau takut nak amik periksa PMR, barulah kerajinan nak belajar tu timbul dengan sendirinya. Masa ni barulah aku tau nak mencari ilmu, pegilah sendiri cari cikgu-cikgu yang berkenaan. Rajin sikit lah pegi tuition tanpa ponteng banyak kelas. Time ni jugaklah aku kenal cikgu-cikgu yang sangat best cara pendekatan mereka untuk mengajar. Mungkin jugak masa tu aku terang hati sikit sebab tak berapa pandai lagi nak melawan cakap orang tua ataupun tengok benda-benda yang tak senonoh, maka segala pembelajaran dapat diserap dengan bagus. Paling aku tak boleh lupa adalah Miss Joyce yang mengajar Sains dengan Cikgu Yoo Jin untuk Matematik. Cikgu sejarah aku pun maha hebat. Cikgu Azizah namanya. Dia boleh tulis nota di whiteboard tanpa berpandukan buku. Semua da dalam kepala otak dia agaknya. Jadi aku pun berjaya score berkoyan A's untuk PMR.
Masuk menengah atas. Malas menguasai diri. Mula besar kepala. Pergi sekolah semata nak berjoyah. Dah la sekolah satu sesi. Masuk pagi, balik petang. Masa ni sembahyang pon asyik nak memonteng. Buku malas nak bawak. Kerja sekolah tiru orang punya. Asal ada mata pelajaran yang aku tak suka macam.. Fizik atau Kimia, aku akan cuba sedaya upaya untuk demam. Agagaga. Hasilnya, aku tak berapa disukai guru-guru agaknya time kat sekolah waktu tu.
End up, SPM tak semenggah. Amek la kamu.
Jadi, di kesempatan ini. Izinkan la saya mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang pernah singgah dalam hidup saya yang banyak mengajar saya yang bagi tuition extra selepas waktu mengajar pada saya. Tak lupa jugak cikgu-cikgu yang berat sebelah yang suka pelajar yang pandai je tak suka bagi perhatian dekat saya sebab macam mana pon pembelajaran yang cikgu curahkan, akan saya aplikasikan dalam hidup saya sampai bila-bila (er.. part-part yang saya paham je la..).
Cikgu Norkiah SK Andalas
Cikgu Yatimah SK Andalas
Cikgu Yoo Jin SMK Andalas
Cikgu Annaporani SMK Andalas
Cikgu Hafizah SMK Shahbandaraya
Cikgu Saerah SMK Shahbandaraya
Cikgu Biologi SMK Shahbandaraya
Cikgu Ang SMK Shahbandaraya
Cikgu Goh SMK Shahbandaraya
...dan cikgu-cikgu lain yang mengajar di SRK Sungai Udang, SK Sri Andalas, SMK Sri Andalas, SMK Shahbandaraya.
Selamat Hari Lahir Cikgu.. Semoga cikgu-cikgu diberkati oleh tuhan, dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang terbaik demi meneruskan perjuangan mendidik anak-anak murid cikgu yang lain yang lebih bebal dari saya. =)
6 comments:
aku tak suke pegi klas annaporani sbb die suke korek idong selet kat bangku budak2. :D
bukan Cikgu Ng lah, Cikgu Ang! obvious sangat weh silapnye tu haha
Gurik: aku tengah kompius sama ada cikgu yang dalam kepala otak aku tu Cikgu Annaporani. Aku rasa silap la Mih. Cikgu yang aku cuba maksudkan tu cikgu yang bersara sama tarikh dengan tarikh hari jadi kau tahun bile ntah aku tak sure.
Nabil: ye nabil. dah betolkan. terima kasih. nasib baik cikgu Ang tak tau alamat blogspot aku. agagaga
Yes Mih, aku dah ingat.
Aliamma!
Cikgu Aliamma yang aku carik! bukan Annaporani.
Agagaga
aliamma aku suke...walaupun aku slalu lepak tangga mase kelas dia. hahaha
aliamma aku suke...walaupun aku slalu lepak tangga mase kelas dia. hahaha
Post a Comment