Dec 30, 2010

2011 =)

Yeay..

Sambutan tahun baru 2011 pertama kali sambut dengan En. Fozi.

Ke mana kita?

Dec 22, 2010

Isteri bekerja....

Sebelum berkahwin lagi pemikiran aku dah sangat alert dengan tugasan seorang perempuan bergelar isteri. Pendedahan yang aku dapat lebih berkisar kepada pengalaman semua yang sudah berkahwin di sekeliling aku. Disebabkan aku sekarang adalah seorang isteri yang bekerja, secara automatik aku cuba selagi termampu menggalas semua tanggungjawab aku sebagai isteri dan, sebagai pekerja.

Genap seminggu perkahwinan, aku kena lapor diri ke pejabat semula. Tapi disebabkan aku demam selepas balik dari Terengganu hari tu, aku hanya hadir ke ofis selama dua hari saja pada minggu kedua bergelar isteri orang.

Minggu baru bermula.. Isnin. Haih.. Susah aku nak setkan balik pemikiran aku ni supaya ke pejabat dan mula tumpukan hal kerja semula. Berat hati aku tinggalkan suami aku di rumah.. Aku rasa bersalah tinggalkan dia. Dia akan mula mengajar pada bulan Januari tahun depan. Jadi, sementara sesi pembelajaran bermula, dia akan stay di rumah untuk persediaan dan ke surau apabila sampai waktu sembahyang.

Macam hari ni, aku sangat terasa sebab aku tinggalkan dia dan terus ke ofis tanpa menyediakan sarapan untuk dia disebabkan terlambat bangun. Bilik tidur pun aku tak sempat kemas...dan dan tadi dia call bagitau semua benda dah settle. Ni baju untuk dia pegi surau waktu Maghrib pon aku tak sempat nak seterika lagi. haih..

Aku perlu persediaan masa yang lebih teratur. sebab aku takkan sampai hati nak biar suami aku buat semua kerja rumah......

Macam mane la ey..

Dec 20, 2010

Terima Kasih..

Memang usang sungguh la kan blog aku sekarang ni. Kesian kau kan. Memang sungguh-sungguh kurang kasih sayang dari aku. Teehee.. jangan marah no.. Bukan sengaja nak tinggalkan blog yang aku banyak kali fikir nak padam atau nak dikekalkan ke nih.. Antara faktor aku tak menulis kat sini adalah disebabkan rutin hidup yang sangat lama berdepan dengan komputer. Jadi, aku lebih senang sekiranya waktu rehat aku, aku gunakan sebaiknya tanpa perlu tengok skrin komputer...

Sekarang aku dah pegang title Puan ye. Aku secara rasminya sudah bergelar isteri kepada Ahmad Fauzi. =)

haa.. bagai semangka dibelah tujuh kan kitorang? kan kan.. kene pakai tembikai. baru sepadan dengan kitorang. kalau pinang, halus sangat. kahkah


Memang penat ye sepanjang majlis berlangsung. Dua tiga hari sebelum majlis pun dah terserlah kepenatan dekat muka masing-masing. Maklumlah, family kecik macam kitorang memang tak banyak sangat tenaga kerjanya. Mengharapkan sepupu sepapat, rakan taulan dan jiran-jiran je =)

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sepupu saya, Aida Najwa Abdul Ghani disebabkan kehadiran beliau dalam hidup saya sepanjang persiapan majlis membuatkan kehidupan saya sebagai bakal pengantin pada hari bahagia hari tu lega. Beliau amat berbesar hati menghulurkan bantuan meringankan beban masa saya. Mengharapkan dia dengan kawan baik saya, Alida yang sedang menganggur sebagai PA yang perlu ke hulu ke hilir mencari barang-barang yang last minute.

Ucapan terima kasih juga untuk Mama dan ayah saya yang banyak mencurahkan wang ringgit.. kihkih. Atas usaha mereka untuk memastikan saya sebagai anak dan menantu mereka mendapatkan kenduri kahwin seperti yang diidamkan.

Terima kasih banyak untuk suami, yang menyokong saya dan juga melayan kerenah darah manis saya sewaktu hari-hari emosi saya. Yang menyalurkan dana-dana untuk mendapatkan barang-barang perkahwinan kami..

Tak lupa juga semua yang membantu. Walaupun nama anda tak dimantion di sini, sila paham bahawa saya sangat menghargai masa dan tenaga yang dicurahkan untuk memastikan majlis pernikahan, majlis aqeqah si anak buah saya, Dani Iqbal dan juga kenduri kahwin saya berjalan lancar.

Terima kasih untuk semua yang hadir dan meraikan saya pada hari bahagia saya.

Terima kasih tawww..